Wednesday, September 20, 2017

Berhujan di hati

Bila kau lihat awan mendung di pagi hari …
Bila kau rasa semua lagu ditelinga seakan mendayu perlahan suarakan kesedihan…
Bila kau rasa hati sangat sedih dan segenap nadimu berdenyut perlahan …
Bila kau rasa tiada tuhan lain yang engkau sembah…
Bila kau rasa sedikit masa yang diperuntukkan seakan tidak mencukupi…
Bila kau rasa getar diri sendiri bertasbih memohon dan meminta…

Kau akan segera sedar,

Bahawa…

Kau turut akan berada di tempatnya. Entahkan esok entahkan lusa..

Perlukah didakap memori dulu?
Kita lepaskan saja. Biar dia berlabuh di tirai sana.
Ia akan jadi pengajaran dalam lipatan sejarah.
Biar ia menjadi kenangan yang paling manis dan indah.

Sujud ku memohon pada yang esa. Agar dirinya dirahmati. Agar dirinya diampuni, agar dirinya disayangi.

Tidurlah wahai sahabat. Penderitaanmu sudah pun tamat. Kau sudah penat.
Jangan lupa lambai aku … kerana kita semua pasti bertemu.
Semoga Allah swt limpahkan kesejahteraan dan mempermudahkan semua urusanmu.

Daripada Allah swt kita datang, kepada Allah swt kita kembali.





No comments:

Post a Comment