Saturday, May 21, 2011

SEBELUM DAN SELEPAS

1:07 PM 0 Comments
SEKADAR HIBURAN....@ REALITI?????



Sebelum kahwin : Hujan turun...."Sayang...tunggu kat situ...abang datang...jgn ke mana-mana kena hujan nanti...demam..."
Selepas kahwin : Senario yg sama...."Nape tak bawa payung!Dah tau musim hujan nih!Alah...redah jer...tak mati kena ujan..."
Sebelum kahwin : Terlanggar batu..."Lah...kenapa lah batu nih ader kat sini...." sambil melontarkan batu ke arah lain..
Selepas kahwin : Senoario yg sama...."Mata letak kat mana?Tak tau jalan betul2?"
Sebelum kahwin : Jiran : "Tengok tuh diorang....pegang tangan mcm tak mahu lepas....sweet couple...bahagianya"
Selepas kahwin : Jiran : "La....memekak jer diorg nih...asyik bergaduh jer..."
Sebelum kahwin : Masa dating...makan KFC...."Naper Sayang...tak lalu makan ekk...seketul ayam pun tak habis..."
Selepas kahwin : Senario yang sama..."Kenapa awak nih! 1 Barrel pun tak cukup!"
Sebelum kahwin : Di pasar malam..."Kita jalan la sama2....Abg tak nak jalan sorang2.."
Selepas kahwin : Senario yang sama...Suami jalan depan...isteri nun jauh ke belakang membawa perut...
Sebelum kahwin : "hmmm...wanginya...abg suka awak pakai minyak wangi nih..."
Selepas kahwin : "Minyak angin aper yang awak pakai nih! Jauh la sikit!Sakit hidung aku!" (padahal minyak wangi yang sama)

Untuk mereka yang akan berumahtangga ....
Kesimpulannya : Selepas kahwin takkan sama lagi seperti sebelum kahwin.....he..he..

SELAMAT BERUMAHTANGGA!!!

Thursday, May 19, 2011

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1:12 PM 1 Comments
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'