Friday, October 6, 2017

Hilangnya lena

2:08 AM 0 Comments
Sukarnya nak lelapkan mata.

Tanpa ada apa-apa yang membelenggu pun mata ini kadang sukar untuk tidur.  Entah lah kerana apa.
Faktor umur kah?

Namun malam ini, ada resapan lain yang muncul. Otak terus mahu berfikir tanpa mahu berehat. Gagah cuba untuk menjana idea dan hasilnya, mata turut tidak mahu berehat.

Puas sudah dipujuk dek cubaan mengira kambing, namun akal terus menjana isu-isu yang tidak berkaitan. Muncul isu berapa fluffy bulu kambing tersebut? Berapa tinggi kambing boleh melompat? ... hingga kepada, bila last makan lambchop?

Nampak?

Akal yang degil.

Jam menghampiri pukul 2.15am

Oh, akhirnya nguapan pertama berlaku.

Adakah petanda akal sudah mengalah?

Sudahlah wahai akal, esok saja kita sambung bicara. Mata sudah mau berehat.

Menguap lagi. Yes!

Dan kita noktahkan sekarang ya. Ada tanda-tanda huruf zz mau muncul.

... dan dengkuran dari sisi jelas memanggil.



Tata.

Tuesday, October 3, 2017

Pasta Maker Machine

7:26 PM 0 Comments
Sebagai seorang wanita yang tidak suka sangat duduk di dapur berlama-lama, mendapat sebiji mesin pembuat pasta ni agak mengujakan.

Awalnya cuma pergi ke kelas percuma di Surau dekat dengan rumah mertua. Belajar cara membuat roti, doh pizza dan mee. Seterusnya teruja dengan mesin pembuat doh yang sangat memudahkan kerja.

Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas memasak. Setelah umur hampir separuh abad, baru lah dapat pengalaman ini. Old school kan? ehem.

Ini rupa mesin tersebut. Jenama Falcon. Harga..... 4 angka wei. It's not cheap.



Ni gambar keadaan sebelum pemasangan. (Dismantle parts). Sumber dari google.

Manual assembly ya, jadi sila lupakan jika anda suka jenis berkomputer, digital, bermacam butang pelbagai fungsi.....itu semua mimpi. Tiada skrin digital, butang mencuci, butang preheat bla bla bla. Tiada.

Mesin ini, hanya ada satu butang On dan Off. Juga satu butang untuk Mix dan Extrude.

Itu saja.

Tetapi, oleh kerana saya sudah jemu dengan mesin yang digital, super sensitif, high tech dan takut tersalah tekan butang- maka mesin ini sesuai untuk saya. Juga sesuai untuk semua mak-mak yang malas nak baca manual dan yang kurang gemar dengan mesin supersensitif di luar sana.

Ia boleh menyediakan doh untuk pelbagai resepi kuih, doh, roti, pizza dan pasta. 

Untuk hari pertama mesin ini jadi penghuni rumah, ia telah menghasilkan setengah kilo mee kuning. Guna tepung gandum biasa je.

Gambar dari google. Mesin sedang aktif buat mee kuning dalam 10 minit saja. (Tidak termasuk merebus mee ya.)


Kalau nak pergi kedai, campur tukar baju, tepek bedak sikit kat muka, start kereta, memandu - mau 20-25 minit jugak. Itu kalau pergi kedai depan rumah, kalau pergi Giant ke Tesco ke, mungkin makan ber jam-jam pulak. ha ha ha.

Manakala hari kedua 800g tepung high protein telah menghasilkan 2 keping pizza saiz sederhana, 1 keping saiz besar dan 6-7 keping mini pizza, 9 biji roti berinti sosej dan 5-6 biji roti coklat. 



Hampir melambung-lambung mesin ni dapat pujian kan?

Izinkan saya mengucapkan terima kasih untuk mereka yang terlibat dengan kehadiran mesin ini. Amat berharga untuk saya yang mempunyai anak-anak tahap makan tak berhenti. Nak beli roti sosej tu pun sebiji pun dah makan 2-3 ringgit....kalau sorang nak 2 biji. phew.

Hakikatnya, dah selalu sangat buat doh uli sendirian berhad. I had enough. Post ini adalah sebenarnya untuk cerita tentang penat tu je. Hihihi.

Tata.






Wednesday, September 20, 2017

Berhujan di hati

9:31 AM 0 Comments
Bila kau lihat awan mendung di pagi hari …
Bila kau rasa semua lagu ditelinga seakan mendayu perlahan suarakan kesedihan…
Bila kau rasa hati sangat sedih dan segenap nadimu berdenyut perlahan …
Bila kau rasa tiada tuhan lain yang engkau sembah…
Bila kau rasa sedikit masa yang diperuntukkan seakan tidak mencukupi…
Bila kau rasa getar diri sendiri bertasbih memohon dan meminta…

Kau akan segera sedar,

Bahawa…

Kau turut akan berada di tempatnya. Entahkan esok entahkan lusa..

Perlukah didakap memori dulu?
Kita lepaskan saja. Biar dia berlabuh di tirai sana.
Ia akan jadi pengajaran dalam lipatan sejarah.
Biar ia menjadi kenangan yang paling manis dan indah.

Sujud ku memohon pada yang esa. Agar dirinya dirahmati. Agar dirinya diampuni, agar dirinya disayangi.

Tidurlah wahai sahabat. Penderitaanmu sudah pun tamat. Kau sudah penat.
Jangan lupa lambai aku … kerana kita semua pasti bertemu.
Semoga Allah swt limpahkan kesejahteraan dan mempermudahkan semua urusanmu.

Daripada Allah swt kita datang, kepada Allah swt kita kembali.





Friday, January 10, 2014

Lost

1:21 PM 2 Comments
...kesian blog ni. been left out since that year of *lost*
apa nak tulis? *ketuk2 jari kat keyboard*
time is now 1pm. lunch time....hurm.. okaylah. mari kita! *kroh kroh*

Thursday, August 23, 2012

Minum Ais Dan Kesannya

5:17 PM 0 Comments
Minum Ais Dan Kesannya!
tapi ada pendapat lain dari Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana.


Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.
Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.
“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.
“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,”katanya.
Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.
“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.
“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari.
“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.
“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.


Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.
Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka.
Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.
“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.
“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.
Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.
Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.
Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.
Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.
Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.
“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.
“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.


Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.
“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.
“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Rahsia ais dan air sejuk
■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.
■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,
■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.
■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.
■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.
■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.
■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.
■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.
■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.Asal